DuniakuAchmad
Di dalam kesamaan ada perbedaan. Di dalam perbedaan ada kesamaan. Di sini kucoretkan.
Wednesday, July 4, 2012
Sunday, December 4, 2011
Kemelesetan Besar 1930 akibat Wang Fiat
Kemelesetan besar merupakan satu kemelesetan perdagangan sedunia 1930. Ia telah mencatatkan satu jangkawaktu pengangguran dan kelembapan pergadangan terlama dalam dunia moden.
Kemelesetan besar berlaku pada Oktober 1929, apabila stok dan saham di Amerika Syarikat menjunam teruk. Ribuan pemegang saham mengalami kerugian duit yang banyak.
Apakah jenis duit yang digunakan ketika itu? Apakah dalam bentuk emas dan perak?
Wang pada tahun 1923 di Amerika Syarikat.
Bank-bank, kilang-kilang dan kedai-kedai ditutup sehingga mengakibatkan jutaan manusia tiada pekerjaan dan tiada duit. Ramai orang bergantung pada kerajaan atau pun derma-derma dalam bentuk makanan.
Siapa yang telah mengaut wang ini? Ke mana wang-wang itu pergi? Apakah wang kertas ini lebih bersifat wang daripada wang emas dan perak yang telah lama digunakan di Amerika Syarikat?
Sebelum wang kertas di cipta, Amerika Syarikat telah menggunakan wang emas dan perak seawal 1795. Emas dan perak adalah wang sebenar. Bawalah ke mana-mana pun manusia akan tertarik dengan dua benda ini. Acara sukan pun menawarkan emas dan perak kepada para pemenangnya. Ini lumrah manusia.
Siapa yang telah mengaut wang ini? Ke mana wang-wang itu pergi? Apakah wang kertas ini lebih bersifat wang daripada wang emas dan perak yang telah lama digunakan di Amerika Syarikat?
Sebelum wang kertas di cipta, Amerika Syarikat telah menggunakan wang emas dan perak seawal 1795. Emas dan perak adalah wang sebenar. Bawalah ke mana-mana pun manusia akan tertarik dengan dua benda ini. Acara sukan pun menawarkan emas dan perak kepada para pemenangnya. Ini lumrah manusia.
1795 Eagle | Liberty
Seperti negara-negara Kapitalis lain, Amerika Syarikat memiliki bank pusat seperti kita sekarang (Bank Negara). Bank ini menjadi lubuk kekayaan negara. Tetapi kebiasaannya ia disalah-gunakan oleh golongan tertentu.
Pada 1833, presiden ke-7 Amerika Syarikat, Andrew Jackson telah menggunakan kuasa vetonya bagi mengharamkan bank pusat. Ini kerana bank itu tidak mendatangkan faedah pada rakyat Amerika Syarikat berikutan amalan bank tersebut, yang mengeluarkan duit kertas tanpa disokong sebarang emas atau pun perak. Sebaliknya emas dan perak dinikmati oleh golongan elit sahaja. Tak seperti sesetengah kerajaan yang bermurah hati memberi rakyat jelata dinar (emas) dan dirham (perak).
Tiga tahun kemudian Andrew mengeluarkan wang emas dan perak yang dikenali dengan nama Specie Circular.
Pada 1833, presiden ke-7 Amerika Syarikat, Andrew Jackson telah menggunakan kuasa vetonya bagi mengharamkan bank pusat. Ini kerana bank itu tidak mendatangkan faedah pada rakyat Amerika Syarikat berikutan amalan bank tersebut, yang mengeluarkan duit kertas tanpa disokong sebarang emas atau pun perak. Sebaliknya emas dan perak dinikmati oleh golongan elit sahaja. Tak seperti sesetengah kerajaan yang bermurah hati memberi rakyat jelata dinar (emas) dan dirham (perak).
Tiga tahun kemudian Andrew mengeluarkan wang emas dan perak yang dikenali dengan nama Specie Circular.
1836 Liberty
Ia telah mengakibatkan bank jatuh bankrap akibat jumlah emas yang kurang di bank-bank.
Bank-bank pada dahulunya menyimpan wang emas rakyat jelata. Kemudiannya memberikan wang kertas sebagai janji bahawa emas itu ada sebanyak yang tertulis di atas wang kertas.
Tetapi kewujudan bank merupakan helah perompak ekonomi dunia. Kerana itulah wang emas rakyat jelata tiada di dalam simpanan bank yang konon menyimpan emas.
Hari ini wang kertas tidak lagi menjanjikan emas. Sebaliknya rakyat perlu pula membeli emas dan bukannya menukar emas dengan wang kertas. Bunyinya mungkin serupa antara beli dan tukar. Tetapi bukankah nilai emas meningkat apabila wujud permintaan yang tinggi?
Bolehkah nilai kertas disamakan dengan emas yang meningkat. Siapa yang tergila-gilakan kertas? Lagi pun kertas bukan universal jika dibawa ke mana-mana. Nilai tidak setanding dengan emas.
Kemelesetan besar menjangkau ke semua negara di dunia pada 1930. Hal ini telah menyebabkan kejatuhan dalam perdagangan sedunia. Rata-ratanya, semua negara mahu berjimat dan cuba meningkatkan jumlah catuan barangan import dan menumpukan pada barangan tempatan bagi menolong rakyat mereka sendiri.
Kemelesetan juga telah mempengaruhi politik banyak negara. Pemimpin di banyak negara telah digulingkan dan jenis kerajaan juga banyak telah berubah akibat kemelesetan besar.
Contohnya, keadaan ekonomi yang teruk telah menaikkan Adolf Hitler yang menjanjikan perubahan buat warga Jerman. Keadaan ekonomi yang teruk juga telah menyebabkan Jepun menjajah daerah Manchuria di China.
Hitler menjanjikan perubahan pada warga Jerman dengan mendakwa Jerman bakal menjadi negara nombor satu di dunia. Jepun pula telah mendirikan pelbagai industri dan lombong-lombong di daerah Manchuria dengan harapan rakyatnya akan bebas dari kemelesetan besar.
Tindakan dua negara besar ini sedikit sebanyak menjadikan punca berlakunya perang dunia kedua (1939-1945).
Kemelesetan besar berakhir apabila banyak negara meningkatkan penghasilan produk persenjataan menjelang perang dunia kedua. Di mana hal ini telah menyebabkan banyak wang dilaburkan dan kembali disebarkan.
Kemelesetan ini telah menyebabkan kerajaan dan rakyat di pelbagai negara menjadi peka dan lebih bertanggungjawab dalam menjaga ekonomi berbanding tempoh sebelumnya.
Kesimpulannya sejarah telah membuktikan wang kertas boleh meranapkan ekonomi negara dan ekonomi sedunia akibat nilainya yang tidak sekukuh emas dan perak. Kerana itulah wang kertas dan inflasi tidak dapat dipisahkan.
Wednesday, November 9, 2011
Thursday, September 8, 2011
Mari Belajar Sejarah
UNTUK MEREKA YANG MASIH KURANG SEDAR
British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja’ memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.
British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja’ memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.
Semenjak tahun 1958 United Malay National Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk – Merdeka dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos United Malay National Organsation jadi mamai dengan kisah-kisah dongeng tentang bagaimana mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). United Malay National Organisation ini agak bebal kerana kesah kesah dongeng ini membuktikan bahawa mereka - dalam Bahasa Inggerisnya menjadi British’s running dog atau anjing suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang British. Jelas ini perbuatan dan kerja barua British.
Babak-babak sejarah sejarah gilang gemilang bermandi darah ini cuba dilupuskan kerana dalam sejarah ini nama United Malay National Organisation tidak pernah muncul. Bau bau kentut mereka pun tidak terdengar dalam babak-babak sejarah ini. Gerombolan United Malay National Organisation tidak pernah wujud dalam perjuangan anti-imperialis.
Kuasa imperialis Kulit Puteh ( White Colonial Power) – Portugis, Belanda dan British – datang ke Tanah Melayu ini kerana mencari harta kekayaan. Kuasa imperial ini datang untuk mengambil hasil bumi – bijeh, emas, getah dan rempah rampai. Buktinya: gerombolan yang datang awal untuk menjarah harta kekayaan di Kepulauan Nusantara adalah lanun seperti Raffles dari East India Company.
Semenjak kuasa imperialis ini - Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun - menjejakkan kaki ke Tanah Melayu – mereka terus diserang. Nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Jaggut, Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong – adalah pemula gerakan anti-imperialis di Tanah Melayu. Ini fakta yang tidak mungkin luput hingga hari kiamat.
Mari saya cerahkan para pembaca dengan beberapa fakta-fakta sejarah yang juga tidak mungkin akan berubah hingga hari kiamat. Para pembaca yang budiman : Sila buka minda dan pakukan ke dalam otak kita semua bahawa parti dan pertubuhan politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 dibawah pimpinan Ibrahim Yacoob. Ini diikuti pula dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).
United Malay National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sila baca betul betul. Buka mata dan buka kepala: KMM 1938, PKMM, API dan AWAS pada tahun 1945. United Malay National Organisation ditubuh pada tahun 1946. Baca sekali lagi : sembilan belas empat puluh enam United Malay National Organisation ditubuhkan dan bukan sembilan belas tiga puluh lapan. Tarikh 1946 ini pun untuk United Malay National Organisation telah ditalkinkan. United Malaya National Organisation yang baru ini ditubuhkan pada tahun 1988. Ini fakta sejarah yang tidak akan berubah hingga hari kiamat.
Kemudian mari kita lihat garis-garis perjuangan parti-parti ini. Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah memekikkan slogan – MERDEKA! Laungan ini telah menghantui kuasa imperial British. Tuntutan kemerdekaan ini telah mengampoh dan ini menakutkan kuasa kolonial British.
United Malay National Organisation bukan sahaja TIDAK berani melaungkan – merdeka – malah gerombolan ini telah mengeluarkan slogan lawak seram yang berbunyi: Hidup Melayu! Slogan lawak seram ini seolah-olah orang Melayu 'kurang oxygen’. Masih tidak jelas - apakah pada tahun 1946 dahulu orang Melayu sedang nyawa-nyawa ikan atau kurang oxygen untuk bernafas sehinggakan perlu dilaungkan ‘hidup Melayu’. Atau kerana hakikatnya United Malay National Organisation ini satu gerombolan yang bebal dan tidak dapat memikirkan slogan yang masuk akal.
Lawak seram – Hidup Melayu – masih ditakbirkan ke hulu ke hilir hingga ke hari ini. Adalah satu fakta bahawa yang masih lantang melaungkan Hidup Melayu hari ini adalah kaum Mamak Kimma dan kumpulan Awang Hitam yang semakin di sangsikan teromba dan salasilah kerurunan mereka. Kenapa Awang Hitam ini suka melaungkan Hidup Melayu ini memerlukan satu kajian yang lebih rapi.
Adalah juga fakta sejarah bahawa United Malay National Organisation tidak - diulangi sekali lagi dengan huruf besar – T-I-D-A-K - berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Apabila kuasa imperial British merasa tekanan senjata dan gerakan massa politik di Tanah Melayu semakin melonjak dan mengampoh maka kuasa imperial memerlukan budak suruhan yang setia. Justeru, diwujudkan satu gerombolan yang dipanggil United Malay National Organisation. Nama Inggeris kumpulaan ini masih dipakai hingga ke hari ini. Nama Inggeris ini sahaja sudah memadai sebagai bukti bahawa gerombolan ini ditelor, dieram dan dinetaskan oleh British.
Pada 20 Jun 1948 kuasa kolonial Britsih telah mengistiharkan apa yang dipanggil ‘darurat’. Perkataan ‘darurat’ ini adalah kelentong besar dari pihak British. British dengan licik telah menggunakan perkataan ‘darurat’ agar orang Melayu tidak sedar bahawa apa yang sedang berlaku pada tahun 1948 sebenarnya ialah perjuangan bersenjata untuk menghalau British. Tidak ada warga Tanah Melayu dalam darurat. Yang darurat ialah kuasa kolonial dan soldadu British yang telah diserang oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya.
Apabila darurat diistiharkan – kuasa kolonial British telah mengharamkan KMM, PKMM, PKM, API, AWAS, Hisbul Musliman dari bergerak bebas di Tanah Melayu. Ramai pemimpin parti , kader politik dan aktivis dalam gerakan nasionalis ini telah di tangkap oleh soldadu British. Nama-nama seperti Burhanuddin al- Helmy , Ishak Haji Muhamad, Chen Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, S.A. Ganapathy, Ustaz Abu Kabar al- Bakir, Ahmad Boestaman, Kamaruzaman Teh, Abdullah Sidi adalah nama-nama nasionalis yang dikehendaki oleh British.
Apabila pemimpin dan kader dari gerakan nasionalis ini ditangkap, diburu atau dibunuh maka barulah United Malay National Organisation dapat berkembang. Gerombolan United Malay National Organisation dapat bernafas dengan slogan Hidup Melayunya kerana ramai pemimpin-pemimpin rakyat telah memulakan kerja dibawah tanah atau masuk ke hutan mengangkat senjata untuk menjadi gerila Pembebasan Rakyat Malaya.
British dengan licik telah lebih awal merancang satu strateji untuk memastikan United Malaya National Organisation dapat mara ke hadapan. Strateji ini cukup senang: Dua tahun sebelum darurat diistiharkan kuasa kolonial British telah menimbulkan konsep politik yang dinamakan Malayan Union. Ini adalah taktik Britsih untuk mematahkan gerakan nasionalis Melayu yang anti- British. Dengan mencadangkan konsep Malayan Union ini British telah memberi nafas kepada United Malay National Organisation untuk mengumpulkan orang-orang Melayu.
Justeru apabila darurat diistiharkan dua tahun kemudian - pada tahun 1948 – pucuk pimpinan nasionalis Melayu dari KMM, PKMM, PKM telah dipatahkan. Gerakan yang tidak diganggu gugat malah mendapat sokongan British hanyalah United Malaya National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association – semuanya menggunakan nama Inggeris. Ketika pemimpin gerakan nasionalis dalam penjara atau kini di hutan bergerila maka ketika inilah United Malay National Organisation mencelah masuk menawarkan diri untuk menjadi barua British yang setia. Ini fakta sejarah yang sampai kiamat pun tidak akan berubah.
Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman – dua bengolan ini bukan – B-U-K-A-N- dieja dengan huruf besar - bukan perjuang menentang Britsih. Mereka berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi barua Brtisih yang setia. Pada ketika itu penjajah British memasang dua kuda. Justeru, kuasa kolonial British memiliki dua pilihan. British akan memilih kuda yang lebih setia dan yang boleh menipu orang Melayu dengan bijak bistari. Akhirnya Tunku menjadi kuda pilihan British.
Dengan kemunculan budaya internet segala pembohongan United Malay National Organisation telah diketahui umum. Satu demi satu tipu helah dan fakta songsang tentang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu telah mula dibongkar. Anak-anak muda semakin sedar kenapa pada ketika ini United Malay National Organisation sedang bermati-matian cuba memesongkankan fakta perjuangan bersenjata melawan British.
Hari ini – pada 5 haribulan September 2011 – United Malay National Organisation sedang bernafas dalam lumpur untuk mempertahankan babak serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya keatas Rumah Pasong Bukit Kepong. United Malay National Organisation melihat serangan ini sebagai detik sejarah perjuangan mereka.
Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indra – seorang guru agama, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahehkan bahawa United Malay National Organistaion adalah barua setia British. Ini kerana Sarjan Ketua Rumah Pasong Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey – seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya ialah mengharu birukan rakyat Palestin.
United Malay National Organsation ini bukan sahaja barua yang setia malah telah menjadi barua yang amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan keatas Rumah Pasong Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih dibawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasong Bukit Kepong ialah bendera Union Jack. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu God Save the Quen dan bukan lagu Memula Moon atau Terang Bulan.(TT)
Pos ini Dipetik daripada: http://tukartiub.blogspot.com/?zx=f1699f97f6c6f93d
Wednesday, August 24, 2011
Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1432H
Hari raya bakal menjelang tiba..apa perancangan semasa cuti nanti yek? Sudah tentu la aktiviti yang dinanti adalah dengan berkumpul sanak saudara di kampung halaman. best nyer. Setahun sekali semua sanak saudara jauh dekat berkumpul. kalau hari-hari lain..mungkin kita sorang je bercuti yang lain sibuk dengan tugas dan tujuan.Apakan daya...
Rancang perjalanan, jalan raya pasti sesak...leceh betul semua jalan jem... apakan daya itu la namanya kemajuan..semua orang berkereta..mana tak jem. apa pun selamat bercuti kepada semua.
Selamat Hari Raya EidulFitri, Maaf Zahir Dan Batin.
Rancang perjalanan, jalan raya pasti sesak...leceh betul semua jalan jem... apakan daya itu la namanya kemajuan..semua orang berkereta..mana tak jem. apa pun selamat bercuti kepada semua.
Selamat Hari Raya EidulFitri, Maaf Zahir Dan Batin.
Friday, August 12, 2011
Selamat Hari Lahir
Selamat Hari Lahir ke-4 buat anakanda Muhammad Zharfan. Moga lekas besar.
Monday, July 11, 2011
News of The World ditutup
Dipetik daripada Harian Metro;
London: Selepas 168 tahun, semalam merupakan edisi terakhir untuk akhbar tabloid News of The World dengan tajuk besarnya "Terima Kasih dan Selamat Tinggal". Bahagian editorialnya pula memohon maaf kepada pembaca -"Ringkasnya, kami telah sesat jalan".
Akhbar mingguan terkenal di Britain itu ditutup berikutan skandal pengintipan perbualan telefon. Pemilik akhbar berkenaan Rupert Murdoch akan ke London untuk menangani krisis itu, manakala polis menyiasat eksekutif akhbar berkenaan, Rebekah Brooks.
Sabtu lalu, editor akhbar berkenaan, Collin Myler melepaskan pekerja-pekerja di pejabat mereka di Wapping, Timur London dalam suasana yang penuh emosi selepas selesai menyiapkan edisi terakhir akhbar itu.
Walaupun kebanyakan rakyat Britain marah dengan akhbar berkenaan, ramai yang membeli akhbar itu untuk dijadikan cenderahati.
![]() |
| Kiri: Edisi Terdahulu; Kanan: Edisi Terakhir. |
Sumber: AFP.
Subscribe to:
Posts (Atom)




