Mukasurat

Tuesday, July 5, 2011

Kelajuan Internet


Internet sebagai keperluan manusia pada masakini. Era kini siapa yang tidak pernah mengguna perkhidmatan ini? Tanpa internet maka kita akan terasa seperti kehilangan sesuatu. Sebagaimana peranan telefon bimbit suatu masa dahulu. Perhubungan itu penting. Perhubungan sesama manusia seperti tiada batasannya.

Pada era kini internet memainkan peranan penting didalam perhubungan manusia sejagat. Dunia tanpa sempadan. Bertugas di luar kawasan tetapi risaukan keluarga yang ditinggalkan. Itu mungkin dahulu tetapi kini dengan adanya internet melalui medium Facebook dan Tweeter terasa dekat sahaja.

Wartawan perlu menghantar berita sepantas kilat. ‘Deadline’ hampir tamat, Editor naik angin berita masih belum tiba. Itulah situasi yang menimpa mereka yang sentiasa terkejar-kejar mencari maklumat berita untuk tatapan pembaca.

Kelembapan internet menyebabkan kita letih dan bosan dibuatnya. Setelah tugasan dipersiapkan untuk tatapan Bos tetapi internet down pula. Bagaimana laporan hendak dihantar? 
Broadband telah bertukar menjadi ‘Berukband’. Menghampakan. Sudahlah membayar yuran bulanan yang membebankan tetapi tidak seperti di war-warkan. Menaiktaraf daripada 2Mbps (Mega byte per second) ke 4Mbps tetapi kualiti mengecewakan.

Di negara-negara maju kelajuan internet sudah mencapai kelajuan tahap tinggi High Speed. Di Negara sedang membangun seperti Malaysia High Speed hanya di bandar-bandar terpilih sahaja. Liputan masih belum menyeluruh. Proses penambahbaikan perlu dipercepatkan didalam memacu ekonomi sesebuah negara. Negara boleh tempang tanpa internet yang pantas. Demi kebaikan semua,  rakyat  mahukan internet yang laju dan janganlah pula menjerut leher rakyat. Harga biarlah berpatutan. Mampu untuk semua.

Maklumat Lanjut:




No comments:

Post a Comment