Apa tajuk utama akhbar hari ini? Itulah yang selalu difikirkan kita setiap pagi. Maklumat 'news' adalah sumber dicari sambil menjamah sarapan pagi. Rutin harian sesetengah orang bagaikan tidak lengkap jika tidak membaca berita. Bagi aku pula jika ke pekan, ‘Jangan lupa belikan ayah senaskah surat khabar iya’ kata sang ayah kepadaku.
Jika dahulu berita hanya ditulis dan dilaporkan di dalam dada-dada akhbar, di radio mahupun di televisyen sahaja. Kini penerbit-penerbit akhbar mula mengembangkan perhatian mereka kepada pembaca-pembaca di dalam talian kerana ruang lingkup capainya boleh menjangkau jutaan pembaca. Berita yang dilaporkan bukan hanya dibaca oleh penduduk di dalam negeri tetapi juga di luar negeri. Dengan adanya dunia siber sumber berita dari seantero dunia semakin pantas diperolehi, terkini dan yang paling penting ianya percuma.
Antara sumber berita yang popular adalah Berita harian online, My Metro, The Star Online, Malaysiakini, The Malaysian Insider, harakahdaily, Kosmo, Sinar Harian manakala bagi berita utama dunia seperti CNN,CNBC dan juga Al-Jazeera.
Moh kite Bace berite
No comments:
Post a Comment