The Reds aka Liverpool FC, ketika dan saat ini pasukan kegemaranku sedang terbang di udara. Tengahari tadi (waktu UK) mereka berlepas daripada Lapangan Terbang John Lennon, Liverpool ke Guangzhou yang mengambil masa selama 13 jam penerbangan. The Reds dalam siri jelajah Asia 2011 akan singgah ke negara China dan juga di Malaysia bagi perlawanan persahabatan pra musim 2011-2012 yang diatur dan ditaja oleh penaja utama Standard Chartered.
Di China The Reds dijadual akan menentang kelab Guangdong Sunray Cave pada 13 Julai 2011 pada hari Rabu dan 3 hari kemudiannya akan bertemu dengan pasukan kebangsaan Malaysia di Bukit Jalil dan meneruskan latihan pra musim di Singapura disamping bertemu dengan peminat setia di ketiga-tiga negara tersebut.
Menurut Pengarah Pengurusan Ian Ayre ini merupakan satu sejarah dimana dalam tempoh melebihi 100 tahun penubuhan kelab dari Merseyside ini kami tidak pernah ke Guangzhou mahupun Kuala Lumpur ini membuka peluang baru. Bagi penaja utama kelab dan juga peminat di seluruh dunia khususnya bagi pasaran rantau ini ia pasti mengujakan.Selepas kejayaan didalam jelajah Asia 2009 di Thailand dan Singapura, Arye memandang jauh kehadapan sebagai prospek yang baik kepada kelab untuk peminat di China dan juga Malaysia. Ia penting untuk pergi dan memberi peminat peluang secara lebih dekat melihat sendiri apa yang mereka tonton sepanjang minggu di Anfield, pemain dan juga perlawanan yang diaturkan.
Ini untuk mengimbangkan antara nilai pasaran dan peminat dalam menentukan latihan pra musim dan pembangunan pemain disamping mengekalkan prestasi pemain dan kondisinya di tahap tinggi. Kita mencari dimana kelengkapan yang baik dan peluang persediaan buat pasukan.
Sumber Rasmi: http://www.liverpoolfc.tv/



No comments:
Post a Comment